Monday, November 5, 2012

'Oreo Cheese Kek'

Kalam Bismillah dimulakan...

Oreo Cheese Kek...aku rase rata2 sume org penah try wat ciskek ni cz agak pemes la gak kek ni..n aku pun xketinggalan try wat ciskek ni...bukan pe...dr pelbagai rujukan resepi y aku tgk kek ni sgtla senang nk buatnya...hehe..

maka dipendekkan cerita setelah menggoogle akhirnya aku pun pilih dari 1 blog tuk aku nk try test n error buat kek ni..ciskek ni senang nak wat cz no bake..hanya sejukkan dalam fridge je bile dh siap...xyah nak baking segala bagai..haha

ni rujukan resepei ciskek y aku c & p dr blog ilhamdapur.blogspot.com
mohon copy resepi ye kak maz..:)


Bahan A (Base)
  • 8-10 keping biskut oreo - buang krim - dikisar hancur dan ketepikan 1 sudu besar utk tabur dalam kek (aku beli y ready made crushed oreo je senang)
  • 2-3 sudu besar mentega  - cairkan (aku guna buttercup)
Bahan B (Lapisan Kek)
  • 270g cream cheese - suhu bilik (aku guna brand philadelphia)
  • 50 gram gula halus -(aku guna tuk sampai ade rase manis2 je)
  • 70g mentega - (aku x gune)
  • 2 sudu besar susu pekat manis - (aku x gune)
  • 160ml whipping cream + 1 sudu kecil jus lemon (aku guna whipping cream je..lemon aku ganti ngn yogurt asli)
  • 1 sudu kecil vanilla (aku lupa nk masukkan..hehe)
  • 1 sudu besar gelatin (aku guna 1 sudu teh je)
  • 2 sudu besar air panas mendidih (aku larutkan gelatin guna double boiler)
  • 4-6 keping biskut oreo - dipatah 2 (aku cincang kasar je)

Cara nk Buat.(my version..heheh)
  • Sediakan loyang untuk cheese kek (aku guna loyang spring-foam) tujuannya agak kek senang dikeluarkan.
  • Satukan bahan A dan tekan-tekan dalam loyang. Masukkan dalam fridge.
  • Dalam periuk letak gelatin + air, kacau biar gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan (double boiler)
  • Putar whipping cream hingga sedikit kental (klu tuang bks tu xtumpah la). Ketepikan.
  • Putar cream cheese seketika, kemudian masukkan gula sikit demi sikit, then yogurt asli dan gelatin. 
  • Putar lagi hingga sebati dan adunan jadi lembut.
  • Masukkan oreo yang telah dicincang kasardan kacau secara kaup balik.
  • Tuang adunan kedalam loyang spring foam tadi.
  • Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan simpan dalam peti selama 4-5 jam.
  • Boleh la dihias ikut citarasa dan sedia untuk dihidangkan.



so dibawah adalah oreo cheese kek buatan aku....ngeh..ngeh...mmg sedap...nyum..nyum..cume aku jenis xleh makan cream bebanyak sebab cepat muak...hihi

Pandangan dari atas..gelembung2 ciskek aku...ciss.
Pandangan dari sisi...nampak x susunan oreo tu..cantek je kan..krup krap bunyi die..hehe


Rujuk sini tuk tgk version ke2

sekian..selamat mencuba..:)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..tqs for reading my blog..Kalu rajin sila tinggalkan komen diruangan y telah disediakan...In Sha Allah komen akan direspon...
Bersama kita mengeratkan tali silaturrahim..