Tuesday, November 6, 2012

'1st Food Khalisa'

Assalamualaikum buat semua esp to my luvly doter Alyaa Khalisa...:)

Kali ni aku nk berkongsi sikit pasal fud pertama khalisa y dibuat oleh air tgn aku sendiri...kn my bb dh masuk 6 month..so nurse ckp khalisa dh buleh mamam..yeyyy..:)

maka dgn gigihnya aku pun terus m'gunakn khidmat pakcik google tuk mencari2 info tentang makanan bayi tuk 6 bulan..credit to pakcik google..hehe..cari..punya cari...punya cari..aku dh jumpe info y paling berkenan di hati..ecewah..mcm nk g meminang lak bunyinye...

so dibawah info serba sikit aku dpt dr  SINI
mohon share ye kak...:)

 Bila waktu paling sesuai memberi makanan pelengkap kepada bayi
  • Bila bayi berusia 6 bulan bagi memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang.
  • Risiko masalah penghadaman, jangkitan dan alahan dapat dikurangkan.
Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu AWAL
  • Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan
  • Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
  • Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea
Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu LEWAT
  • Tumbesaran bayi boleh terbantut dan bayi kekurangan nutrien

ar..dh paham kn bile bace info diatas..jdinye as a mom,..kite waiting la dulu till anak sampai umo 6 bulan baru kite kasik makan..bukan pe kdg2 ade gak terbaca sesetengah ibu2 ni excited kasi anak makan awal sgt (below 6 month)..xsyg kt anak kite ke...??..jgn samakan zaman dahulu n zaman skg cz pemakanan zaman skg lebih banyak y bahaya dr zaman dahulu...

SUSU IBU sahaja dh mencukupi keperluan tuk anak yang below 6 month..

berbalik kepada cite fud khalisa...hampir terkeluar tofik td...muahehe....aku ni kengkadang xdpt ikut gak secara detail tentang jadual makanan bayi ni seperti y aku letakkan di bwh ni..ikut mana sempat je asalkan khalisa makan..


 6 BULAN

Minggu 1

Tekstur(y ni aku ikut)
  • Kisar halus ataupun tapis (sedikit cair)
Kekerapan
  • 1x pada 2-3 hari pertama
  • 2-3x pada hari seterusnya
Contoh makanan
  • Kanji/beras + SI (memula aku gune beras biasa)

Minggu 2-4(y ni pun aku ikut tp minggu ke-3 aku dh stat tuka beras perang)

Tekstur
  • Lecek (sedikit kasar dan pekat)
Kekerapan
  • 2-3x sehari
Contoh makanan
  • Bijirin beras + SI
  • Kentang lecek halus
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yang tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)

 **beras perang lg sedap dr beras biasa cz khalisa lebih bnyk makan bubur beras perang..dan ianya tiada kanji...hehe..cume aku baru bagi khalisa bubur beras perang + puree kentang je dulu..

ni la puri kentang,..halus gitu


ok...tu je dl...xdok idea dh nk tulis..bubbye...

Monday, November 5, 2012

'Kisah Khalisa'

Salam pembuka bicara..

Lagi2 entry pasal khalisa...nk wat camne..mmg blog ini aku khusus tujukan buat anakku Alyaa Khalisa Bt Mohd Khairul Nizam buat tatapan dan kenangan bila die besar sok...:)so..kirenye blog ini adalah sebahagian drpd diari kisah hidup aku, suamiku dan khalisaku...

Khalisa sayang...bile dh besar sok..bile ibu dah takda lagi..harap khalisa akan simpan sume kenangan ibu, abi 4 eva n eva..kasih ibu membawa ke syurga kasih abi tiada penghujungnya..

haish..ape ni..takmo touching2..simpan feel itu dlm hati je..;)

khalisa skg dh umo 6 month..mgu depan dh masuk 7 month...silap aku xupdate kisah khalisa dr lepas lahir lagi..maklumla..mase tu aku malas nk berblog2 ni..hehe
xpelah..msh lum terlambat..

cume dibawah ni aku cerita kan sikit secara ringkas pasal khalisa stat dr die lahir till now....
  • lepas lahir..(0 hari)..khalisa kene jaundice..ibu darah O+..so mmg dh agak my bb mmg akan kene jaundice..cume syukur xlama..dlm 3 mggu je pstu ok dh...ur grandma lah y banyak ikhtiar tuk kurangkan jaundice khalisa..say thanx to grandma..:)

  • 1 month..(30 hari)..mase ni pantang xabes lagi..still aku kt kg menghabiskan sisa2 pantang y berbaki..hehe..tp 1 minggu b4 abis pantang..aku kene balik umah aku kat kedah nuu untuk lapor diri.now..im civil servant..syukur rezeki tuk Khalisa dpt ibu keje tetap walau gaji x mahal mana seperti y diharapkan..nsb baik mase tu aku dh pandai mandikan Khalisa sendiri...


  • 2 month (60 hari)..khalisa dh pandai pe ek..lupa lak ibu..hehe..ar..khalisa pandai nanges la..hihi..dr lahir mmg khalisa kuat nanges...nyempereng org jowo kata..so pas abis pantang genap hari ke 45..ibu kene terus bekerja..nk watcamne..tuntutan kerja..so dlm masa 2 minggu keje..my mil y tlg jagakan khalisa...say thanx to my mil..;)..oh yee..time ni khalisa dh stat tumbuh gigi bawah..cepatkan..hehe

  • 3 month (90 hari)..bermulah khalisa dijaga oleh pengasuh cz my mil xsehat...lgipun aku xmo susahkan my mum n my mil tuk jaga khalisa..cz diorang dh penat jaga kite mase kecik2 dl kan..jd di usia2 tua ni biarlah mereka rilex je..pengasuh khalisa ibu panggil cik siah je...

  • 4 month ( 120 hari)..my bb masih still bf dgn jayanya..alhamdlh cz aku dh bercadang akan susukan Khalisa sehingga 2 tahun jika stok banyak..tp y penting penyusuan selama 6 bulan harus aku capai...yeyy..4 dis month khalisa dh mule belajar meniarap...tp xberapa pantas lagi cz badan die berat kot..hehe

  •  5  month (150 hari)...khalisa dh pandai macam2 gakla..boleh duduk tp harus disokong oleh ibu..n pic dibawah ini adalah percubaan khalisa wearing her hijab...alhmdllh..penerimaan die macam ok jek..khalisa..besar nnt kene pakai tudung tau cz i want u to be a good muslimah..:)didikan anak harus bermula dari alam rahim lagi..
  •  6 month..(180 hari)..khalisa dh boleh makan..yeyy..tp bukan makan y bukan2..hanya bubur kosong sje dl y boleh tuk anak ibu ni..so..aku buatkan bubur beras perang kat die..cume nk dekat 7 month ni aku dh mule ajar die bubur beras + puree kentang dl..syukur khalisa dapat terima..suke je die time makan..hehe
Khalisa wif her abi...


ok..tu je dulu..lenguh dh tgn ni..di entry y lain aku akan citekan tentang perkembangan khalisa 6 month..:)..

to be cont'..

'Oreo Cheese Kek'

Kalam Bismillah dimulakan...

Oreo Cheese Kek...aku rase rata2 sume org penah try wat ciskek ni cz agak pemes la gak kek ni..n aku pun xketinggalan try wat ciskek ni...bukan pe...dr pelbagai rujukan resepi y aku tgk kek ni sgtla senang nk buatnya...hehe..

maka dipendekkan cerita setelah menggoogle akhirnya aku pun pilih dari 1 blog tuk aku nk try test n error buat kek ni..ciskek ni senang nak wat cz no bake..hanya sejukkan dalam fridge je bile dh siap...xyah nak baking segala bagai..haha

ni rujukan resepei ciskek y aku c & p dr blog ilhamdapur.blogspot.com
mohon copy resepi ye kak maz..:)


Bahan A (Base)
  • 8-10 keping biskut oreo - buang krim - dikisar hancur dan ketepikan 1 sudu besar utk tabur dalam kek (aku beli y ready made crushed oreo je senang)
  • 2-3 sudu besar mentega  - cairkan (aku guna buttercup)
Bahan B (Lapisan Kek)
  • 270g cream cheese - suhu bilik (aku guna brand philadelphia)
  • 50 gram gula halus -(aku guna tuk sampai ade rase manis2 je)
  • 70g mentega - (aku x gune)
  • 2 sudu besar susu pekat manis - (aku x gune)
  • 160ml whipping cream + 1 sudu kecil jus lemon (aku guna whipping cream je..lemon aku ganti ngn yogurt asli)
  • 1 sudu kecil vanilla (aku lupa nk masukkan..hehe)
  • 1 sudu besar gelatin (aku guna 1 sudu teh je)
  • 2 sudu besar air panas mendidih (aku larutkan gelatin guna double boiler)
  • 4-6 keping biskut oreo - dipatah 2 (aku cincang kasar je)

Cara nk Buat.(my version..heheh)
  • Sediakan loyang untuk cheese kek (aku guna loyang spring-foam) tujuannya agak kek senang dikeluarkan.
  • Satukan bahan A dan tekan-tekan dalam loyang. Masukkan dalam fridge.
  • Dalam periuk letak gelatin + air, kacau biar gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan (double boiler)
  • Putar whipping cream hingga sedikit kental (klu tuang bks tu xtumpah la). Ketepikan.
  • Putar cream cheese seketika, kemudian masukkan gula sikit demi sikit, then yogurt asli dan gelatin. 
  • Putar lagi hingga sebati dan adunan jadi lembut.
  • Masukkan oreo yang telah dicincang kasardan kacau secara kaup balik.
  • Tuang adunan kedalam loyang spring foam tadi.
  • Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan simpan dalam peti selama 4-5 jam.
  • Boleh la dihias ikut citarasa dan sedia untuk dihidangkan.



so dibawah adalah oreo cheese kek buatan aku....ngeh..ngeh...mmg sedap...nyum..nyum..cume aku jenis xleh makan cream bebanyak sebab cepat muak...hihi

Pandangan dari atas..gelembung2 ciskek aku...ciss.
Pandangan dari sisi...nampak x susunan oreo tu..cantek je kan..krup krap bunyi die..hehe


Rujuk sini tuk tgk version ke2

sekian..selamat mencuba..:)

'Anakku Alyaa Khalisa'

Dengan Nama Allah Y Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Entry kali ni aku nk cite cket pasal kisah kelahiran anakku...

Nukilan ini ditujukan khas buat anakku y teramat ibu n abi sayangi..

~Alyaa Khalisa~


Anakku Khalisa...
Tanggal 13hb April 2012 bersamaan 21 JamadilAwwal 1433 Hijriah (Jumaat) jam 0343am lahirlah dirimu wahai anakku yang mana kelahiranmu amatlah dinanti2 kan oleh ibu n abi...selama 2 tahun 1 bulan kami menunggu dgn penuh kesabaran, berdoa siang dan malam, juga tidak terlepas dari cercaan, cemuhan dan prasangka orang di sekeliling kami..berkat sabar dan doa akhirnya impian kami untuk menjadi ibu dan abi akhirnya terlaksana dgn kelahiran dirimu...

Tidak terucap kata-kata buat pertama kalinya melihat wajahmu selepas dilahirkan..Hanya mampu mengukir senyuman n rasa syukur ibu panjatkan kepadaNya atas kelahiranmu..Hilang segala kesakitan selepas ibu dapat memelukmu dan menciummu wahai anakku..kerana sesungguhnya ini adalah yang pertama buat ibu..juga yang pertama buat abi kerana dapat mengazan dan mengiqamahkan di telingamu..betapa kenangan itu masih lagi terpahat dalam ingatan ibu...

Anakku Khalisa...
Namamu seindah rupa parasmu...Alyaa Khalisa..kenapa Alyaa Khalisa y ibu n abi berikan kepadamu bukan nama2 yang lain?... 'Alyaa' bermakna Ketinggian dan 'Khalisa' bermakna Kesucian..dengan penuh harapan ibu n abi mengharapkan Alyaa Khalisa akan menjadi seorang wanita juga seorang muslimah yang akan menjaga kesucian, maruah diri dengan penuh keimanan dan penuh ketaqwaan dalam dirimu...

Sesungguhnya di akhir zaman ini penuh dengan perkara yang menakutkan, fitnah dan sebagainya..justeru ibu n abi mengharapkan Alyaa Khalisa akan menjadi wanita muslimah yang sentiasa menjaga kehormatan diri dan yang paling penting sekali adalah akhlakmu wahai anakku...jadikanlah akhlakmu seindah namamu..

Anakku Khalisa...
Selepas kehadiranmu hidup ibu n abi terus berubah...dahulu tika kami berdua teramat sunyi tanpa kehadiran cahaya mata..tp setelah kehadiran dirimu telah mewarnai hidup kami....hidup ibu n abi berubah ceria dgn tawa dan tangismu...terima kasih anakku kerana telah melengkapkan hidup ibu n abi....

Ibu n abi berjanji akan menjagamu sehingga ke akhir hayat ibu kerana sesungguhnya dirimu adalah amanah yang teristimewa yang Allah turunkan buat ibu..dikaulah racun dikaulah juga penawar buat ibu n abi...dan blog ini memang ibu buatkan khas untuk tatapan dirimu apabila dewasa kelak kerana itu ibu namakan blog ini blog 'Ibu Khalisa'..



Khalisa 7 hari
Khalisa 14 hari
Khalisa 30 hari
Khalisa wif her hijab..4 bulan
Khalisa 6 bulan


Salam Sayang Dari Ibumu....

~Syazwani Mahmudin~