Thursday, April 13, 2017

13 April 2017



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat princess hati ibu dan abi....harini 13 April 2017....syukur..syukur ibu abi panjatkan ke hadratNya sebab anak ibu satu2 nya ni dah turning 5...;)

Selamat Hari Ulangtahun yang ke 5 sayangku Alyaa Khalisa Binti Mohd Khairul Nizam...ibu abi always sayang khalisa sgt2..

Harini ibu nk bagitau satu benda kat khalisa...myb skrg khalisa belum pandai baca lagi..belum paham lagi ape makna semua ni...tp ibu yakin 1 day nnt khalisa akan faham apa y ibu cube bgtau ni..


my love princess..;)

semoga terus menjadi solehah sygku

love u so much...


Anakku Khalisa....,

Ketahuilah walau ibu selalu marah khalisa hanya 1 sebab..sebab khalisa buat salah...mmg pada ibu salah tu nampak simple sgt..tp 1 day nnt khalisa akan paham kenapa ade benda y kdg2 ibu x bagi khalisa buat, ibu x bagi khalisa beli, ibu x bg khalisa buat itu, buat ni...semuanya bersebab sayang...

Anakku Khalisa...,

Khalisa satu2nya anak ibu dgn abi....ibu abi mintak maap sgt2xdpt nk bg adik beradik ramai tuk alyaa mcm sepupu2 alyaa y lain..tu pun ade sebabnya sayang...bukan suka2 alyaa xd adik...insyaAllah 1 day nnt khalisa akan paham dan akan tau semuanya..ibu akan bgtau pada alyaa bile tiba masa y seswai nnt.

Anakku Khalisa...,

Khalisa tau x y khalisa cepat sgt dpt bila ibu abi ajar something y baru kat alyaa...contoh macm mengaji iqra..ibu abi x sangka secepat ni khalisa boleh tangkap apa y kami ajar pada khalisa..ibu sedar ibu xlemah lembut mcm ibu2 yang lain...tp ketahuilah syg ibu abi terlalu sygkan khalisa...kasih syg kami berdua pada alyaa xdpt diungkapkan..

Anakku Khalisa...,

Ibu tau kadang2 khalisa ada terasa hati dengan ibu abi sebab ibu selalu marah alyaa kdg2 tercubit alyaa...ibu abi mintak maaf sgt2 pada khalisa..khalisa nak tau x, xd ibu abi dlm dunia ni yang sengaja nk marah anak2 tanpa sebab..semua bersebab syg..insyaAllah tiba masa nnt khalisa besar, khalisa dh kawin, khalisa ada anak n masa tu khalisa akan rasa macamne rasanya jd seorang ibu...

Anakku Khalisa....,

Harini 13 April 2017...selamat ulangtahun y ke5 syg....besar dh anak ibu abi ni...tahun ni jugak khalisa banyak dpt hadiah..dpat hadiah dr abi, dr nenek n atok dan dapat jugak hadiah dr wan n opah khalisa..hadiah dr ibu semestinya kasih syg ibu pada khalisa setiap masa, setiap saat, setiap waktu xpernah sekali ibu x ingat pada khalisa...;)

Anakku Khalisa....,

Tuk akhirnya ibu abi doakan Alyaa Khalisa Bt Mohd Khairul Nizam sentiasa dibawah lindungan rahmat kasih sayangNya, sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, jd muslimah y solehah, jadi manusia yang berguna dunia akhirat...dan satu lagi ibu nk pesan pada khalisa bila ibu dah xd lg kat dunia ni, khalisa simpanlah blog ibu ni sebagai memory, sebagai kenang2ngan y mmg ibu buat khas tuk khalisa.


Ibu Abi love u sayang


Salam sayang dari ibu abi...;)


ibu abi

Saturday, March 4, 2017

'Hokkaido Chiffon Cake'

Bismillahhirahmaniirrahim..

Alhamdulillah semalam dapat ibu membaking lagi setelah sekian lama x beraksi membaking di dapur comei ibu..hihi

Membaking ni satu terapi bagi aku...kalu aku rase nak buat sgt bersungguh tol membeli barang...sanggup berhabis duit beli segala bagai jenis tepung..haha

so harini ibu nak tunjuk kek Hokkaido ibu...abi n khalisa suka sgt2...oleh kerana kek ni xd guna koko, coklat n seangkatan dgnnye maka khalisa makan sepuasnya...:)mmh tukmu ibu buat ni syg

so meh tgok kejadiaannya.....


gebu gebas kan kek aku

seriess sedap


aww..cakk


untuk adunan diatas dengan guna bekas sebesar tu aku hanya dpt 6-7 bijik je..so kalu nk buat lebih gandakan sukatan ye

Resepi Hokkaido Chiffon Cake

##Sumber dari seminit resepi.Terima kasih berkongsi resepi.)

Bahan A

  • 3 biji kuning telur
  • 20 gm gula kastor
  • 40 ml minyak jagung
  • 40 ml susu segar
  • 60gm tepung kek/self raising flour
Bahan B
  • 3 biji putih telor
  • 40 gm gula kastor
Bahan Kastard
  • 1sdb tepung gandum
  • 1sdb tepung kastard
  • 4sdb gula kastor
  • 200ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 1sdb mentega

Cara Membuat

SEDIKIT TIPS 
**oven panaskan terlebih dahulu pd suhu 150 deg
**sapu sedikit cuka ke atas tisu kemudian lap ke dalam mesin pengadun dan besi pengadun tuk pastikan equipment betul2 kering dr bahan2 y terlarang spt air, minyak
  1. Pukul kuning telur dan gula sampai kembang, masukkan minyak dan susu. Kacau ssehingga rata.
  2. Ayak tepung dan masukkan dalam adunan. Kacau rata dan ketepikan (bahan A)
  3. Pukul putih telur sehingga kembang berbuih, kemudian masuk gula sikit demi sikit n pukul lagi sampai adunan bertukar meringue.(bahan B)
  4. Satukan bahan B ke dalam adunan bahan A secara berperingkat.Kaup balik perlahan guna spatula.
  5. Masukkan adunan dalam bekas kek dan bakar suhu 140 deg api atas bawah selama 25-30 min.
  6. Untuk krim kastard masukkan semua bahan dalam periuk..Masak atas api perlahan sehingga adunan menajdi pekat dan tidak berketul
  7. Lubangkan tengah2 cup cake yg telah siap dibakar lalu picitkan cream sehingga penuh. Simpan dalam peti sejuk. Sedia dihidang


Selamat mencuba....