Monday, November 5, 2012

'Anakku Alyaa Khalisa'

Dengan Nama Allah Y Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Entry kali ni aku nk cite cket pasal kisah kelahiran anakku...

Nukilan ini ditujukan khas buat anakku y teramat ibu n abi sayangi..

~Alyaa Khalisa~


Anakku Khalisa...
Tanggal 13hb April 2012 bersamaan 21 JamadilAwwal 1433 Hijriah (Jumaat) jam 0343am lahirlah dirimu wahai anakku yang mana kelahiranmu amatlah dinanti2 kan oleh ibu n abi...selama 2 tahun 1 bulan kami menunggu dgn penuh kesabaran, berdoa siang dan malam, juga tidak terlepas dari cercaan, cemuhan dan prasangka orang di sekeliling kami..berkat sabar dan doa akhirnya impian kami untuk menjadi ibu dan abi akhirnya terlaksana dgn kelahiran dirimu...

Tidak terucap kata-kata buat pertama kalinya melihat wajahmu selepas dilahirkan..Hanya mampu mengukir senyuman n rasa syukur ibu panjatkan kepadaNya atas kelahiranmu..Hilang segala kesakitan selepas ibu dapat memelukmu dan menciummu wahai anakku..kerana sesungguhnya ini adalah yang pertama buat ibu..juga yang pertama buat abi kerana dapat mengazan dan mengiqamahkan di telingamu..betapa kenangan itu masih lagi terpahat dalam ingatan ibu...

Anakku Khalisa...
Namamu seindah rupa parasmu...Alyaa Khalisa..kenapa Alyaa Khalisa y ibu n abi berikan kepadamu bukan nama2 yang lain?... 'Alyaa' bermakna Ketinggian dan 'Khalisa' bermakna Kesucian..dengan penuh harapan ibu n abi mengharapkan Alyaa Khalisa akan menjadi seorang wanita juga seorang muslimah yang akan menjaga kesucian, maruah diri dengan penuh keimanan dan penuh ketaqwaan dalam dirimu...

Sesungguhnya di akhir zaman ini penuh dengan perkara yang menakutkan, fitnah dan sebagainya..justeru ibu n abi mengharapkan Alyaa Khalisa akan menjadi wanita muslimah yang sentiasa menjaga kehormatan diri dan yang paling penting sekali adalah akhlakmu wahai anakku...jadikanlah akhlakmu seindah namamu..

Anakku Khalisa...
Selepas kehadiranmu hidup ibu n abi terus berubah...dahulu tika kami berdua teramat sunyi tanpa kehadiran cahaya mata..tp setelah kehadiran dirimu telah mewarnai hidup kami....hidup ibu n abi berubah ceria dgn tawa dan tangismu...terima kasih anakku kerana telah melengkapkan hidup ibu n abi....

Ibu n abi berjanji akan menjagamu sehingga ke akhir hayat ibu kerana sesungguhnya dirimu adalah amanah yang teristimewa yang Allah turunkan buat ibu..dikaulah racun dikaulah juga penawar buat ibu n abi...dan blog ini memang ibu buatkan khas untuk tatapan dirimu apabila dewasa kelak kerana itu ibu namakan blog ini blog 'Ibu Khalisa'..



Khalisa 7 hari
Khalisa 14 hari
Khalisa 30 hari
Khalisa wif her hijab..4 bulan
Khalisa 6 bulan


Salam Sayang Dari Ibumu....

~Syazwani Mahmudin~




No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..tqs for reading my blog..Kalu rajin sila tinggalkan komen diruangan y telah disediakan...In Sha Allah komen akan direspon...
Bersama kita mengeratkan tali silaturrahim..