Wednesday, October 9, 2013

'Spaghetti Carbonara'

Assalamualaikum.....

Aritu aku ade try wat resepi ni..cz mls nk masak yang berat2...lagipun ni request dr mr hubby y suke sangat nk makan ghetti2 ni..tekak aku xbape sgt ghetti2 ni...mst nk mkn nasi lauk kg gak baru kenyang....hihi..
Tapi ku layankan jua la cz kebetulan aku pun mls masak pada hari tersebut...

So...jum...kite terjah resepi dulu..

Sumber..sini..

Bahan-bahan (utk 2 org mkn) :-

1/2 paket spaghetti san remo
1 tin sos prego carbonara
isi ayam (ikut suka)

3 batang sosej ayamas (potong bulat)
1 keping daging kisar ramly
3 ulas bawang putih (tumbuk/cincang halus)
1 biji bawang kuning (onion) (saiz sederhana dipotong dadu)
sedikit oregano
sedikit lada hitam
sedikit lada sulah
1/2 kiub pati ayam
garam (secukup rasa)

Cara-cara :-

1. Rebus spaghetti terlebih dahulu. Masukkan sedikit minyak supaya spaghetti tidak melekat. Rebus dalam masa 10-15 min dan toskan.

2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan bawang kuning.

3. Bila warna dah agak kekuningan, masukkan daging kisar dan 1/2 cawan air. Biar seketika.

4. Masukkan ayam dan sosej serta garam, oregano, lada hitam, lada sulah serta kiub pati ayam. Biarkan seketika.

5. Masukkan sos prego carbonara. Tambahkan 1 tin  air yg dimasukkan ke dalam tin tadi supaya kuah menjadi cair sedikit dan kacau.

6. Akhir sekali masukkan spaghetti. Pastikan kuah mencukupi utk spaghetti dan kacau seketika.  Jangan terlampau kering dan biarkan ade kuah sedikit.

7. SIAP ! sedap dimakan panas-panas.


so...inilah yang terhasil dri versi aku buat....;)
Sedap laki aku kate...

dan lagi....
 Selamat mencube...:)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..tqs for reading my blog..Kalu rajin sila tinggalkan komen diruangan y telah disediakan...In Sha Allah komen akan direspon...
Bersama kita mengeratkan tali silaturrahim..