Saturday, March 4, 2017

'Hokkaido Chiffon Cake'

Bismillahhirahmaniirrahim..

Alhamdulillah semalam dapat ibu membaking lagi setelah sekian lama x beraksi membaking di dapur comei ibu..hihi

Membaking ni satu terapi bagi aku...kalu aku rase nak buat sgt bersungguh tol membeli barang...sanggup berhabis duit beli segala bagai jenis tepung..haha

so harini ibu nak tunjuk kek Hokkaido ibu...abi n khalisa suka sgt2...oleh kerana kek ni xd guna koko, coklat n seangkatan dgnnye maka khalisa makan sepuasnya...:)mmh tukmu ibu buat ni syg

so meh tgok kejadiaannya.....


gebu gebas kan kek aku

seriess sedap


aww..cakk


untuk adunan diatas dengan guna bekas sebesar tu aku hanya dpt 6-7 bijik je..so kalu nk buat lebih gandakan sukatan ye

Resepi Hokkaido Chiffon Cake

##Sumber dari seminit resepi.Terima kasih berkongsi resepi.)

Bahan A

  • 3 biji kuning telur
  • 20 gm gula kastor
  • 40 ml minyak jagung
  • 40 ml susu segar
  • 60gm tepung kek/self raising flour
Bahan B
  • 3 biji putih telor
  • 40 gm gula kastor
Bahan Kastard
  • 1sdb tepung gandum
  • 1sdb tepung kastard
  • 4sdb gula kastor
  • 200ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 1sdb mentega

Cara Membuat

SEDIKIT TIPS 
**oven panaskan terlebih dahulu pd suhu 150 deg
**sapu sedikit cuka ke atas tisu kemudian lap ke dalam mesin pengadun dan besi pengadun tuk pastikan equipment betul2 kering dr bahan2 y terlarang spt air, minyak
  1. Pukul kuning telur dan gula sampai kembang, masukkan minyak dan susu. Kacau ssehingga rata.
  2. Ayak tepung dan masukkan dalam adunan. Kacau rata dan ketepikan (bahan A)
  3. Pukul putih telur sehingga kembang berbuih, kemudian masuk gula sikit demi sikit n pukul lagi sampai adunan bertukar meringue.(bahan B)
  4. Satukan bahan B ke dalam adunan bahan A secara berperingkat.Kaup balik perlahan guna spatula.
  5. Masukkan adunan dalam bekas kek dan bakar suhu 140 deg api atas bawah selama 25-30 min.
  6. Untuk krim kastard masukkan semua bahan dalam periuk..Masak atas api perlahan sehingga adunan menajdi pekat dan tidak berketul
  7. Lubangkan tengah2 cup cake yg telah siap dibakar lalu picitkan cream sehingga penuh. Simpan dalam peti sejuk. Sedia dihidang


Selamat mencuba....










No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..tqs for reading my blog..Kalu rajin sila tinggalkan komen diruangan y telah disediakan...In Sha Allah komen akan direspon...
Bersama kita mengeratkan tali silaturrahim..