Saturday, April 23, 2016

'Chocolate Brownies Kedut Nutella'

Assalamualaikum

Selamat pagi Ahad buat Khalisa ibu y disayangi...

Kelmarin lepas ibu buat main masak2 lg..lama sgt rase x membaking sejak stop buat cheesetart...

oven pun lama rase x berasap...so ibu dh mula aktif balik membaking..tp bukan tuk jual la setakat ni juz tuk mkn2 kita sekeluarga je..

so kalini ibu try buat resepi di bawah ni..jom tgok

Choc Brownies Kedut BerNutella

( Mekasih n mohon share resepi kak ye..tqs..:))

BAHAN BAHAN

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko 

CARA MENYEDIAKAN

Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.

Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak.

Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.

Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.

Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.

Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit

option...nk letak nutella boleh xnk letak pun xpe....;)

Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

# dpt maklumat dr blogger lain y brownies ni xperlu masuk dlm peti ais tuk elak jd keras n tahan di luar selama 4 hari




cakk...ni version y sy buat..:)

zomeeee


sedap sgt brownies ni..chewy2 je rase die ditambah plak dgn nutella tu..perghhh...terbaik...wajib cuba..!!









No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..tqs for reading my blog..Kalu rajin sila tinggalkan komen diruangan y telah disediakan...In Sha Allah komen akan direspon...
Bersama kita mengeratkan tali silaturrahim..